Chapter Text
“Ini sahaja yang kamu jumpa?” Kata Ketua tentera laut dengan suara yang tidak begitu kagum atas report yang diberi kepadanya dari Joel.
“Ya, Encik Beans, kami hanya jumpa Keris dan peta ini dalam beg itu.” Kata Etho dengan sopan ke Ketua Tentera Laut itu.
Di tepi Etho terdapat Joel yang sedang meletakkan tangan diatas dada sambil fokus pandangannya dari memandang Encik Beans, Ayahnya Joel.
“Jadi ini hanya untuk membuang masa saya?” Kata Encik Beans sambil memandang tajam ke arah Joel.
Nampaknya Joel akan meluahkan rasa marah dia itu.. Fikiranya Etho kemudian keluh.
“KAU YANG SURUH KAMI PERIKSA KAPAL LANUN-LANUN ITU MASUK KE JETI!! BEG INI ADALAH SALAH SATU BARANG YANG MEREKA GUNA UNTUK CARI BARANG DALAM PETA ITU DAN-”
“Senyap.” Encik Beans berkata dengan tegasnya.
Ini membuat Joel menggenggam tangannya dengan kuat untuk kawal kemarahan dia, kemudian Joel lari keluar dari ruang kerja Encik Beans, tinggalkan Etho dalam ruang kerja itu dengan pemilik ruang kerja itu.
Encik Beans keluh dengan kuat dan duduk atas sofanya, tinggalkan Etho untuk berdiri,
“..pergi ke Pulau itu dan report kepada aku sekiranya ada masalah,” Kata Encik Beans untuk memberi arahan kepada Etho untuk pergi bersama Joel dan biarkan Joel tenangkan fikiran dia sewaktu belayar.
Etho tidak perlu arahan untuk pergi dengan Joel untuk mengembara bersama, jadi Etho hanya bersetuju tanpa sebarang bantahan.
⧫⧫⧫
“Etho, kita hampir sampai sudah kah?” Kata Joel yang baru sahaja masuk ke bilik kawalan kapal di mana Etho sedang memastikan mereka berlayar dengan selamat, maklumlah Etho adalah ketua sekiranya mereka berada di kapal. Mereka sudah berlayar hampir sejam tanpa masalah.
“Ikutkan peta kita hampir sampai kalau kau tak salah baca peta itu.” Katanya sambil mengangkat bahunya. Etho nampak refleksi Joel dari cermin kaca, dia tak nampak begitu kagum.
Joel jeling mata dan mula menyandar di dinding kapal itu, “Aku bukan seperti lanun yang tak pandai baca peta itu.” Kata Joel dengan suara seperti bila Joel rasa terganggu dengan perkara yang dia fikirkan.
“Aku hanya bergurau…kau nak bercakap tentang masalah kaukah?” Katanya sambil memandang mata Joel dari refleksi cermin kaca kapal.
Joel keluh dan mula bergerak ke arah Etho kemudian duduk di kerusi yang berada di sebelah kanan Etho.“Kau pun tahu, hubungan aku dengan ayah aku tidak begitu baik..” Keluh Joel lagi, “Mungkin ianya salah aku? Tapi, apa salah yang aku telah lakukan untuk bapak aku sendiri berasa begitu kecewa dengan aku??”
“Hmm,” Etho boleh fikirkan perkara yang salah Joel telah lakukan sewaktu mereka dihantar ke misi bersama-sama. Kau selalu bertindak secara melulu, membahayakan diri dalam banyak jenis situasi dan degil.
Tetapi Etho tidak beritahu semua perkara itu kepada Joel kerana suku dari situasi bahaya itu terjadi kerana Etho tidak berhati-hati dan memasukkan mereka dalam situasi berbahaya.
“Encik Beans hanya rasa risau pasal kau,” Katanya, tapi sekarang Etho memandang Joel berdepan-depan.
“Aku sudah cukup tua, Etho,” Kata Joel, tidak begitu suka dengan apa yang Etho membayangkan di dalam kepalanya itu.
“25, kau baru graduan dari collage dua tahun lepas, dan sudah ada hampir 20 misi seperti kau ketagih sangat dengan kerja kau” Etho mengangkat tangannya ke dadanya.
“Jadi? Kau pun baru graduan dari collage Empat tahun lalu, umur kita tidak begitu jauh beza.”
Etho tidak begitu pasti pasal itu tapi dia sudah tiada tenaga untuk mula bergaduh. “Maksud aku, kau terlalu muda.”
“Hipokrit, kau sendiri pun sama..” Joel kata sambil memeriksa keris yang mereka telah jumpa dalam beg dari lanun di Jeti dua hari lalu. Terdapat corak daun di bilah keris itu, dan kepala singa.
Etho keluh, “Baiklah,” inilah sebabnya Etho selalu menjadi kawan yang mendengar dan bukan yang memberi nasihat, lagipun betullah kata Joel, dia itu hipokrit sebab dia pun lakukan perkara yang sama. Itulah bagaimana mereka menjadi sepasang.
Lagipun, Etho perlu membalas budi kepada Joel untuk selalu membantu Etho walaupun situasi itu begitu berbahaya. Dia tidak mahu fikirkan sekiranya dia akan menjadi begitu berani untuk memasukkan dirinya dalam situasi yang begitu berbahaya untuk Joel.
Etho selalu mementingkan dirinya sendiri sebelum orang lain, dan Joel fahaminya.
Dan Etho tak yakin jika dia rasa lega atau lebih risau yang Joel sanggup melakukan mengambil risiko untuk Etho.
⧫⧫⧫
‘3 hari telah berlalu.. ' Etho berkata dalam hati dengan rasa risau.
Joel telah pergi memeriksa sekiranya ada orang yang berpenghuni di pulau ini selama tiga hari, kalau ikutkan masa sepatutnya Joel telah kembali ke kapal untuk melaporkan keadaan yang berlaku atas pulau ini.
Etho sepatutnya tidak perlu rasa risau kerana dia tahu bahawa Joel itu bijak dalam ilmu hutan. Tambahan lagi, yang Joel itu berani, mungkin terlalu berani kerana dia selalu lakukan perkara yang membahayakan dirinya tetapi dia tahu bila mahu berhenti sekiranya perkara itu boleh membawa maut dan dia ada banyak cara untuk keluarkan diri daripada situasi bahaya itu.
Dia tunggu Joel untuk kembali ke kapal sehari lagi, dan jika Joel masih tidak menampilkan diri pada esok hari, Etho akan masuk ke dalam hutan itu sendiri untuk mencarinya kerana dia tidak boleh tunggu lama lagi di atas kapal ini keseorangan.
Dengan ini, Etho bersiapkan barang untuk masuk ke dalam hutan itu nanti. Dia mungkin tidak sebijak Joel dalam ilmu perhutanan, tetapi dia telah belajar perkara-perkara penting daripada Joel tentang perhutanan sekiranya Etho perlu masuk ke dalam hutan.
Keesokan harinya, dia masuk kedalaman hutan dengan barang yang dia perlukan di dalam beg dengan keris yang Joel tinggalkan di kapal. Hutan ini sunyi dan sepi, Etho hampir berasa tidak sedap hati dengan keadaan yang terlalu sunyi itu kerana dalam hutan sepatutnya ada bunyi haiwan kecil seperti belalang dan serangga tetapi di dalam hutan ini tiada bunyi langsung, bunyi angin pun tiada, ini membuat Etho menjadi lebih teliti terhadap kawasan sekelilingnya. Reben yang dia telah guna supaya dia jumpa jalan untuk ke kapal semula, semakin sedikit.
Ikutkan hati, Etho ingin kembali ke kapal semula kerana dia dapat merasakan bahawa matahari akan turun tak lama lagi dan reben yang dia gunakan untuk tanda jalan telah habis.
Dia telah mencari sahabatnya seharian di kedalaman hutan ini dan masih tiada tanda-tanda di mana Joel mungkin berada sekarang.
Oleh itu, dia rehat di bawah pokok yang melindungi dia dari cahaya matahari. Etho mungkin terlelap kerana sewaktu dia melelapkan mata ada lembing yang dibaling ke arah dia, tercucuk ke tanah antara kedua-dua kakinya, dia merasakan matanya dipaksa untuk terbuka oleh otaknya kerana nalurinya untuk selamatkan diri dia telah mencetuskan bahawa bahaya telah mendekatinya.
Etho mencepat-cepatkan diri untuk bangun dan larikan diri dari di tangkap oleh makhluk yang berbadan besar.
'Kenapa?' Etho berfikir balik seperti ini adalah hari terakhir dia akan hidup, apa yang dia sepatutnya lakukan di sini?
Seharusnya, Joel perlu berada di kapal untuk melaporkan situasi yang berlaku di atas pulau yang tidak berpenghuni ini tetapi Etho telah menunggu dia selama 3 hari.
Oleh itu, dia pun pergi masuk kedalaman hutan yang tebal itu tanpa arah tuju untuk mencari sahabatnya, sekarang situasi ini berlaku mungkin disebabkan oleh Etho telah memasuki kawasan berhampiran dengan penghuni di pulau ini? Mungkin itu sebabnya Etho di kejar oleh makhluk (atau Manusia?) yang berpenghuni di dalam hutan tersebut?
Mungkin Etho hanya berimaginasi waktu itu kerana dia jumpa reben warna merah yang Joel selalu gunakan untuk tanda jalan menuju ke arah gua, mungkin lari masuk ke dalam gua sambil kena kejar adalah perkara yang kurang bijak untuk dilakukannya tetapi Etho telah berasa terlalu penat dan panik untuk berfikir panjang.
Dia lari masuk ke dalam gua tersebut ikut reben kepunyaan Joel yang menuju ke jalan keluar daripada gua itu ke tempat yang berbeza.
Aura hutan ni sudah bertukar berbanding apa yang dia rasakan sebentar tadi, terdapat bunyi serangga kecil, bunyi angin bertiup perlahan yang melakukan bunyi angin yang merdu dengan sekumpulan pari-pari yang terbang bebas di langit..
‘Pari-pari..?’
Dia tengok kembali ke arah pari-pari tersebut dengan rasa terkejut. “Pari-pari tidak sepatutnya wujud…” Kata Etho, muka dia kembali berpeluh sambil memandang ke arah mana ke semua pari-pari itu terbang. Dia barasa betapa peliknya melihat sekumpulan pari-pari ke arah suara yang merdu.
Etho dapati bahawa ada sekumpulan gadis yang menggunakan sungai untuk membasuh kain mereka dengan menyanyikan lagu yang merdu.
Dia mula berfikir, ‘Patutkah aku meminta tolong daripada gadis-gadis itu?’ kerana itu memang tujuan dia dan Joel untuk menerokai pulau ini, untuk memeriksa hutan jika ada penghuni di atas pulau ini, bukan? Jadi ikut logik, Etho memang perlu berkomunikasi dengan gadis-gadis itu.
“Apa yang kamu buat mengintai puteri-puteri bunian disini?” kata seorang gadis yang membuat Etho sangat terkejut sampai dia hampir jatuh ke depan.
Dia berasa malu kerana terkejut sangat sampai dia mengeluarkan jeritan kecil dan ini membuat gadis itu tertawa.
Ia mengambil masa sedikit sebelum gadis itu berhenti tertawa dan mula bercakap dengan Etho lagi, “Baiklah, kembali ke persoalan ku tadi,” kata gadis itu.
“Apa yang kamu buat dekat sini? Kamu sepatutnya tahu bahawa ianya pelik untuk seorang lelaki mengintip anak gadis dari jauh bukan? Kamu pasti yang kamu bukan ke sini untuk culik salah satu daripada puteri bunian?”
Etho perlu proses pemikiran dia dahulu kerana bahasa yang gadis itu gunakan adalah bahasa formal. Selepas dia faham apa yang gadis itu katakan, dia cepat menggelengkan kepalanya, “Bukan!” Dia kata dan mula keluh.
Dia berasa sangat malu dengan apa yang gadis itu fikir dan ini membuat Etho rasa bahawa dia perlu beritahu situasi dia sekarang untuk mengelak daripada salah faham.
“Saya telah sesat dalam hutan dan dalam perjalanan untuk cari jalan keluar, saya terdengar bunyi suara yang merdu..” katanya dengan kepala dia padang ke arah kakinya seperti situasi dimana seorang ibu telah tangkap anaknya lakukan perkara yang salah.
Gadis itu memandang ke arah Etho dengan pandangan tajam untuk memeriksa sekiranya Etho berkata jujur, ini membuat Etho berasa lebih bersalah walaupun dia tidak lakukan apa-apa kesalahan.
Gadis itu mengeluh sebelum bersilangkan tangannya di dada, “Kamu dari mana? Mungkin saya boleh bantu kamu untuk kembali ke tempat kamu?” Kata gadis itu dengan suara yang lebih ramah daripada tadi.
Etho berasa lega sewaktu gadis itu berkata bahawa dia boleh membantunya untuk keluar dari hutan ini. Oleh itu, dia memberitahu gadis itu bahawa dia ini ahli pengembara yang datang untuk memeriksa sekiranya pulau ini terdapat penghuninya.
Ini membuat gadis itu memandang Etho dengan pandangan yang pelik, seperti gadis itu fikir yang dia ini tidak masuk akal.
“Kamu lihat seperti orang yang berilmu tetapi kamu tidak dapat bezakan benua dengan pulau??” Gadis itu tanya dengan senyuman yang menunjukkan dia ingin ketawa lagi dekat Etho.
“Apa yang kau maksudkan?” Etho bentak dan berasa geram dengan gadis yang tertawakan dia itu.
Gadis itu menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang berfikir bahawa lelaki di hadapan dia ini bermain-main dengannya.
“Kita ini tinggal di dunia Magika, sekarang kamu berada di salah satu benua yang di sultan kan oleh Raja Merah,”
Dengan itu, satu badan dia rasa bulu romanya meremang.
⧫⧫⧫
Joel sesat, tetapi itu mustahil kerana antara dia dan Etho, dia yang lebih handal untuk mencari jalan keluar jika dia rasa tersesat dalam hutan.
Sekarang? Joel telah berasa seperti dia terperangkap dalam hutan ini, dia yakin mungkin ada sesuatu makhluk bunian yang telah perangkap dia sebab kali terakhir dia rasa yang dia masih lagi di dunia nyata adalah sebelum dia masuk ke dalam gua di kaki bukit itu 3 hari lepas.
Ya, sudah tiga hari berlalu dan Joel sekarang masih lagi tersesat di dalam hutan ini.
Sewaktu dia berjalan untuk mencari jalan keluar dalam masa 3 hari itu, terdapat banyak benda yang tak masuk akal seperti tumbuhan periuk kera yang sebesar periuk yang Joel gantung di begnya, warna pokok juga tidak sepatutnya berwarna biru tetapi hutan yang dia lalui sekarang penuh dengan pokok daunnya berwarna biru dan ikan yang terbang di langit seperti burung.
Ada satu kali itu sekumpulan ikan yang terbang itu tolong Joel untuk sembunyi daripada harimau yang berada dalam hutan itu, dia bersyukur kerana harimau itu tidak jumpa dia.
Sekarang, dia di pertengahan hutan memulakan api untuk bersedia sebelum malam menjelang, tapi sudah tentu ada sesuatu yang tak kena…
Joel terdengar suara orang tertawa sekelilingnya, matahari sudah terbenam sebab itulah dia perlu berhati-hati dan mengambil perhatian kerana hutan ini dan makhluk yang ada dekat sini dah cukup pelik jadi dia tidak tahu jika ada makhluk disini memburu atau tidak.
Dia pandang ke semua kawasan berdekatan dia tetapi tidak jumpa sebarang makhluk sekelilingnya.
Bunyi orang tertawa itu semakin jelas, dan sekarang Joel boleh tahu yang makhluk itu tertawa dekat dia, ini menyebabkan dia berasa geram dan mula jerit.
“Keluarlah dan lawan aku pengecut!”
Dalam sekelip mata api yang Joel punya api terpadam walaupun tiada angin yang memadamkan api itu, ini buat dia tidak sedap hati.
Bunyi tertawa itu menjadi lebih seperti makhluk itu ingin permainkan dia. Joel pengsan selepas menghidu bau yang harum dan jatuh ke tanah sebelum dia terlelap.
Joel tidak tahu berapa lama dia telah terlelap tetapi dia ingin tidur semula sebab di luar kelihatan masih gelap sebelum matahari terbit lagi, tetapi dia nampak seseorang memandang dia masih lagi baring di beg tidurnya.
“Selamat pagi, wahai pengembara!” Kata makhluk yang duduk di sebelah dia dengan suara yang digunakan untuk menyakat orang.
Dia terlalu terkejut sambil tangan dia auto pergi ambil benda berdekatan untuk pukul makhluk itu. Joel mengambil masa 3 minit sebelum dia perasan bahawa dia telah tikam makhluk di depan dia dengan pisau yang digunakan untuk menyalakan api hari itu, tetapi makhluk itu tidak nampak seperti kena tikam.
Malah, makhluk tersenyum sinis, “Alahai pengembara, tidak perlulah tergesa-gesa,”.
“Apa yang kau nak.” Joel katakan dengan tegas.
“Patik tidak perlukan apa-apa pun,” makhluk itu katakan sambil mengambil pisau untuk daripada Joel. “Patik sengaja mahu permainkan kamu, pengembara!” Sambil makhluk itu senyum.
Joel keluh, “Siapa kau? Kenapa kau kacau aku?” Joel kata dengan perasaan penat, mungkin disebabkan sekarang adalah waktu malam buta.
“Izinkan patik perkenalkan diri,” makhluk itu kata kerana lebih senang berterus terbang agar Manusia biasa seperti Joel ini bertenaga sikit.
“Nama patik Gem, dan Patik adalah Penjaga hutan ini,” Jawab makhluk bersama Gem itu.
“Penjaga hutan..?” Joel kata dengan rasa risau, Adakah Joel telah langgar apa-apa peraturan di hutan yang ada Penjaga ini dengan tidak sengaja?
“Janganlah engkau risau wahai pengembara!” Kata Gem dengan yakin. “Saya tidak seteruk, Sang Kelimba di hutan yang engkau akan lalui.”
“Sang Kelimba?” Rasa gerun merusuk ke dalam badannya, Joel telah dengar cerita tentang Sang Kelimba sewaktu mengembara.
Makhluk yang boleh mengubah apa sahaja kehidupan menjadi batu.
Gem tertawa dengan reaksi Manusia biasa di depannya itu, “Patik berasa bersalah kerana menakut-nakutkan enkau, pengembara.”
“Kau beritahu aku bahawa Sang Kelimba tidak jauh dari sini??” Joel tidak membalas kata-kata makhluk bernama Gem itu dan tanya soalan yang dia fikirkan dengan segera.
Rupa Gem mula muram tetapi masih juga balas pertanyaan Joel itu. “Ya pengembara, Sang Kelimba juga Penjaga Hutan di lembah hutan yang berada di jalan yang engkau mahu limpas pagi ini.”
“Maksudnya, Aku perlu tukar cadangan..” keluh Joel dan mula baring atas sleeping beg dia. “Aku terlalu penat untuk fikirkan apa yang aku perlu lakukan esok..”
Dengan itu Gem menjeling matanya ke Joel, “Engkau patut bersyukur kerana patik tidak menghantar engkau ke istana Raja Merah.”
“..Raja Merah?” keluh Joel dan geleng kepalanya. “Ini terlalu banyak informasi..Pening kepala aku..”
Gem mengangkat bahunya, “Patik, tidak salahkan, Pengembara.”, “Sekarang hampir waktu subuh, Pengembara, seharusnya lebihkan rehat sekarang”
“Itu idea yang bagus!” Kata Joel sambil menukar posisinya kepada posisi yang lebih selesa untuk tidur, “..mungkin esok pagi aku akan sedar dari mimpi ni..” katanya dengan suara seperti bisikan.
Sebelum Joel terlelap, dia terdengar makhluk bernama Gem itu tertawa perlahan dan berkata,
“ Malangnya untuk engkau bahawa ini bukannya mimpi,”
