Actions

Work Header

i didn't know you were this tired.

Summary:

Tiada siapa yang percaya jika Boboiboy dan Gempa bertukar tubuh. Apalagi ketika sifat dan perilaku mereka berdua semirip itu.

Tetapi pada akhirnya mereka mempercayainya kerana sebuah rahsia yang kini menjadi tanda tanya semua.

"Tuan, there's nothing you can even fix... not even us."

"I didn't know you were this tired, Tuan."

Notes:

honestly, i really really wanted to write this in english, but you know… i felt so connected with my own language and if i tried to write them in english, i felt like that wasn’t enough. my english is so damn guys

p/s: and why the hell was it bahasa malaysia??? IT SHOULD BE BAHASA MELAYUUUUUU

Chapter 1: where am i?

Chapter Text

Dia tidak ingat sama ada dia pernah berhasrat untuk bertemu dengan elementalsnya atau tidak, kerana dia tidak pernah sangka dia akan bertemu mereka dengan cara sebegini.

 

Buka-buka sahaja mata, dia bukan melihat gantungan galaksi di kepalanya seperti biasa sebaliknya awangan kosong, tanpa apa-apa — hanya hening tanpa bunyi. Mata Boboiboy cuba menyesuaikan keadaan sebelum dia memegang kepalanya. Mindanya berdenyut seolah dirinya baru sahaja terhempap ke sesuatu yang keras.

 

Dia bangun dari baringannya, cuba mencerna apa yang telah berlaku. Matanya meliar memandang ke sekelilingnya, menerka apa yang sebenarnya terjadi kepadanya.

 

Blaze! For the last time, stop crushing that damn wall!

 

Suara jeritan seseorang di luar kawasan itu menyentak dia daripada terus memikirkan apa yang kemungkinan terjadi kepadanya.

 

Tubuhnya yang tadinya terduduk bangun, menghampiri dinding yang kelihatan tebal itu.

 

Dapat dia mendengar suara kesal di luar dindingnya dan itu membuatkan dirinya tertanya sendirian. Baru dia menyentuh dinding untuk cuba mencari jalan keluar —jujur, dia pelik kenapa tidak ada pintu— tangannya melepasi dinding yang disangkanya tebal.

 

Sekelip mata, penglihatannya disungguh dengan pemandangan yang tidak disangka dek akal.

 

Kornea matanya dapat menangkap Halilintar yang hampir sahaja mengeluarkan pedang petirnya untuk menyerang Blaze dan Taufan yang sedang bermain di ruangan lapang itu. Di tepi mereka, kelihatan Ais di atas bola airnya, memandang mereka bosan namun tertarik, dan Solar yang hanya menggeleng kepala lalu kembali membaca buku yang bagi Boboiboy sangat tebal. Duri pula tidak kelihatan di ruangan itu.

 

Boboiboy terkebil-kebil menatap pemandangan di hadapannya. Tidak menyangka dia dapat melihat elementalsnya secara bersemuka. Apakah…

 

Taufan yang sibuk mengusik Halilintar dengan terbang di atas elemental petir itu akhirnya melihat dirinya yang masih kebingungan tidak jauh dari mereka. Wajah Taufan bersemuringah lalu dia terbang menghampiri dirinya.

 

“Gempa!” Taufan menghilangkan tornado di bawah kakinya lalu mendarat di sebelah tubuhnya. Tangannya cepat sahaja melingkar di bahu Boboiboy lalu menariknya mendekati elementalnya yang lain.

 

Riak muka Boboiboy yang kini berada di dalam badan Gempa tidak dapat ditutup. Mulutnya melongo tidak menyangka apa yang berlaku.

 

“HUH?”

 

 

Oh my God! What the hell is happening right now?” Gempa menganga saat melihat tubuh Boboiboy di cermin.

 

Pijama jingga terpapar di hadapannya membuatkan Gempa ternganga tak percaya. Matanya segera memandang tangannya yang biasanya disaluti dengan tanah kini kosong, hanya terpasang jam tangan yang biasa disorok di sebalik tangan gempanya itu.

 

“Takkan lah aku bertukar badan dengan Boboiboy!” Mata Gempa membelalak tidak mempercayai. Meskipun dia familiar dengan tubuh tuannya ini, namun kini dia sangat janggal memakai warna kebanggaan milik tuannya. Coklat keemasan dia hilang dari radar, membuatkan dia merasa ini bukan dirinya.

 

“Boboiboy?” Gempa tersentak saat nama tuannya dipanggil oleh sesuatu, menoleh dan melihat Ochobot yang baru bangun dari tempat bola kuasa ini mengecas tenaganya.

 

“Ochobot! Tolong aku! Aku bertukar tubuh dengan Boboiboy!” Jejaka yang memakai tubuh Boboiboy itu menghampiri Ochobot lalu menggoncang power sphere itu kasar. Riak wajahnya terlalu sukar dibaca —risau, takut, terkejut— semuanya bercampur.

 

“Haa? Kau kenapa? Demam ke?” Ochobot seolah tidak mempercayai jejaka itu lalu terbang pergi ke pintu utamanya. Gempa dapat rasakan kalau Ochobot itu dapat merasa suhu tubuhnya, sudah pasti tangannya menempek di dahinya.

 

“Ochobot! Aku tak tipu, aku rasa aku bertukar dengan Boboiboy! Ini aku, Gempa!” jelas Gempa pasrah. Ochobot hanya mengabaikan dirinya dan berlalu turun, merasakan otak Boboiboy seolah terhantuk keras di sesuatu.

 

Menyedari Ochobot mengabaikan, Gempa menghela nafas berat. Dia dapat meneka mengapa Ochobot tidak mempercayainya. Selain pakaiannya tidak berubah mengikut warna yang menggambarkan ciri-ciri seorang Gempa, personalitinya juga tidak jauh berbeza dari Boboiboy. Mungkin kalau Halilintar atau Taufan yang bertukar roh dengan Boboiboy, Ochobot mempercayai mereka sekelip mata.

 

Masalahnya sekarang, dirinya yang bertukar roh dengan tuannya. Bagaimana dia mahu membuktikan kepada mereka bahawa dia buka Boboiboy sebenar.

 

Memikirkan tentang Boboiboy, agak-agak bagaimana tuannya itu menyesuaikan dirinya di dalam tubuh Gempa? Lagipun, kehidupan di jam kuasanya itu tidak ada apa-apa. Nak kata bosan tidak juga, dia ada elementals yang lain untuk menghiburkannya, cuma ya –monoton. Kosong tanpa kehidupan, dikelilingi tembok yang memisahkan setiap elemental di ruang masing-masing.

 

Gempa mengotak-atik jam kuasa Boboiboy, cuba mencari cara untuk berhubung dengan Boboiboy secara direct, sebelum dia menyedari bahawa dia tidak pernah berjumpa Boboiboy secara langsung, sama ada bersemuka atau melalui minda. Mereka sememangnya hanya kuasa elementals Boboiboy.

 

Gempa tersenyum pahit menyedari realiti pedih itu. Meskipun mereka —the elementals, teringin sekali ingin berjumpa dengan diri asli Boboiboy, mereka sedar akan kenyataan itu.

 

Mereka dan Boboiboy berada di dunia yang berbeza.

 

Elementals sebagai elementals, dan Boboiboy —ya, sebagai Boboiboy.

 

Apa yang mereka tahu, Boboiboy adalah tuan yang baik. Tidak menggunakan kuasa mereka dengan rakus, mempunyai rakan-rakan yang baik, dan mempunyai personaliti yang sama seperti Gempa —itulah yang terkumpul oleh para elementals setiap kali mereka digunakan oleh Boboiboy.

 

Gempa meraup mukanya. Dia menghela nafas lelah.

 

Belum sempat Gempa berbuat apa-apa, pintu bilik Boboiboy kembali dibuka dan tubuh bulat Ochobot muncul di sebalik pintu itu dengan muka seriknya.

 

“Boboiboy, kenapa tak mandi lagi? Haih…” Suara Ochobot kedengaran datar seolah sudah biasa menghadapi Boboiboy dalam keadaan begini di pagi hari.

 

“Mandi cepat! Lepastu turun bawah, breakfast! Kata nak tolong Tok Aba jaga kedai.” Gempa hanya berdiri kekok mendengar arahan Ochobot. Sungguh dia tidak biasa di tubuh Boboiboy.

 

Gempa nak tak nak mengangguk kepalanya membalas ucapan Ochobot, membiarkan power spheres itu terbang kembali turun ke ruang bawah meninggalkan Gempa yang masih terpinga-pinga.

 

Whatever is this, I need to start his day.”